*** SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PKG PARIT..... SILA KLIK MENU BAR UNTUK MAKLUMAT BERKAITAN ***

Wednesday 14 September 2016

Puncak Tertinggi Semenanjung, Gunung Tahan
Kini Boleh Dilawati Melalui Google Street View

Sejak memulakan pengambaran Street View di Malaysia, pihak Google telah menambah sejumlah kawasan menarik pada perkhidmatan peta mereka, sekaligus memudahkan pengguna seluruh dunia melawat sesuatu kawasan secara maya. Terkini, bersempena dengan Hari Malaysia, pihak Google turut menambah Gunung Tahan didalam koleksi Google Street View.

Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter, dan merupakan antara gunung yang sukar didaki di rantau ini. Perkara ini menjadikan penggunaan nama “Tahan” sendiri diertikan terhadap ketahanan mental dan fizikal para pendaki.

Untuk merakamkan gambar Google Street View di Gunung Tahan ini, Google menggunakan Street View Trekker, dan turut bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Rakaman keseluruhan mengambil masa sekitar 9 hari dan Street View merakamkan perjalanan daripada Kuala Tahan ke Merapoh.

Bagi anda yang meminati pendakian gunung, kini anda boleh menyemak terlebih dahulu trek Gunung Tahan di Google Street View, dan mungkin suatu hari sama-sama mendaki dan melihat puncak tertinggi Semenanjung berkenaan.



Layari : Gunung Tahan di Google Street View

Ehsan : amanz.my

Thursday 8 September 2016

SALAM AIDIL ADHA DARI WARGA PKG PARIT


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan PKG Parit. 

#kosongkosong #HariRaya #AidilAdha #MohonAmpun #SeribuKemaafan

Thursday 25 August 2016

PERADUAN INSTAGRAM MERDEKA 2016



Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-

Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.

•  Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;

•  Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online;

(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 16 Ogos - 16 September 2016)

 Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
a) Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

Jawatankuasa Media dan Publisiti
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016
03-8911 7381

Wednesday 3 August 2016

SSQS 2016



Musim SSQS tiba kembali. Tiba masa Guru Penyelaras Media (GPM) setiap sekolah dalam Malaysia melaksanakan penilaian bagi menentukan tahap kebitaraan sekolah khasnya dalam pembudayaan ICT di sekolah.

Apa itu SSQS?
SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi  telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Objektif SSQS

Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.

Responden

1 orang pentadbir
1 orang koordinator
30 orang guru

30 orang murid

Penilaian SSQS Negeri Perak bermula 12 Julai sehingga 30 Ogos 2016.
Sebarang info boleh didapati di SSQS Perak

Thursday 28 July 2016

Mahkamah Khas Siber dijangka mula operasi September 



   Mahkamah Khas Siber bagi membicarakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang siber dijangka mula beroperasi di Kuala Lumpur, September ini sebelum disusuli Selangor dan Johor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan penubuhan mahkamah khas berkenaan sudah dimaklumkannya kepada Kabinet hari ini dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
   "Fasa pertama Mahkamah Khas Siber dijangka mula beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula September 2016 diikuti Selangor dan Johor kerana ketiga-tiga negeri terbabit mencatatkan kes jenayah siber yang tinggi. Ia kemudian akan disusuli negeri lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  Katanya, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya mahkamah khas itu diwujudkan susulan aliran serangan siber yang membimbangkan seperti penggodaman, penipuan dalam talian, 'botnet', 'web-defacement', kecurian maklumat, pengintipan, judi siber dan pornografi. "Kerajaan juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan.
   Satu memorandum Jemaah Menteri mengenai penubuhan mahkamah itu akan dibentangkan dalam masa terdekat," katanya. Azalina berkata, Mahkamah Khas Siber sama seperti penubuhan mahkamah khas lain dengan hakim dan pihak berkaitan akan diberikan latihan menyeluruh dan mencukupi bagi memastikan institusi itu dapat berfungsi dengan baik. "Mahkamah ini akan ada hakim yang khusus bagi mendengar kes berkaitan undang-undang siber," katanya. Penubuhan Mahkamah Khas Siber sama seperti mahkamah khas lain, antaranya Mahkamah Khas Rasuah, Mahkamah Khas Koroner, Mahkamah Khas Anti-Pencatutan dan Mahkamah Khas Alam Sekitar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175378